Assalamualaikum uolls ! Here I am gigih menyiapkan homework dan bahan bahan untuk menyiapkannya sebab masa dah suntuk sangat ni haaa . This time nak cerita lah pasal trip 4 hari 3 malam kat Indon , Sumatera Barat iaitu Bukit Tinggi and Padang ! Woohoo ~ Lets start with day 1 .
Day 1 :
Before I start with out first destination . Kitorang bertolak malam hari Isnin tu , pukul 12 kitorang pegi KL sebab flight kitorang pagi , pukul 7.50 . Abah tak pegi , sebab baru je pelantikan so tak dapat cuti ( sobs )
Then , yang ikut ramai . Ini bukan family trip but aku taktahu trip sempena apa tapi ada lahh pekerja pejabat ayah aku 2orang , opah sedara , maklang , kak Anis , pakcik Nazri and family , pakcik Nan , haaa tu aje lah. Basically , yang pergi ni semua yang rapat dengan family aku lah .
So kitorang bertolak then banyak singgah singgah R&R bagai , sebab nak sampai LCCT on time . Pegi ramai ramai naik penerbangan murah aje lah , lainlah family aku je yang pegi , ahaks ! Tapi pakcik Nazri tu tiket dia dengan isteri dia je yang ditanggung , anak anak dia tu lain kira hahaha . Kitorang sampai LCCT dalam 5 lebih kot , pergh mengantuk gilaa ! Dah laaa petang semalam tu pegi shopping , ommo ! Tapi aku dah tido dalam kereta so takde lahh mengantuk sangat cuma penat .
Then , naik flight pastu tak sempat nak tidur pun , perjalanan sejam lebih je wehh . Makan pun cepat cepat , tambah dengan masa tu dah nak mendarat so flight tu dah ke bawah , anyonyo pening kepala aku nak makan. Haihhh pastu setibanya disana , pemandu pelancong kami menyambutlah kedatangan kami . Namanya pak Osman hahahaha , syarikat Saffira Tour :) Okay lahh agensi tu ramah mesra je hakhak . Tapi sampai sampai je sana tak check in hotel terus . Kitorang terus menuju ke destinasi pertama iaitu Lembah Anai , best lah , cantik air terjunnya ! And katanya air terjun tu juga digelar "Air terjun awet muda" tapi tak pasti lah apa cerita sebaliknya , semua pakat basuh muka , selawat bagai dengan air tu hahah . Mana lah tahu mujarab :p Then kitorang pergi "Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau" kat Padang Panjang . Seronok lah juga orang tu cerita pasal Minangkabau ni , and katanya Negeri Sembilan yang kaum Minangkabau tu pun asalnya situ . Kalau korang tengok rumah tu , tiang and tingkapnya senget . Sebab nak tahan dari gempa bumi kot , tiang bahagian atas tu tak dipaku , and bahagian bawah tu dikelilingi batu besar aku rasa , supaya bila gempa bumi , tiang tu hanya mengelilingi batu tu and tak runtuh . Setiap ukiran dalam rumah tu ada maksud , maksud yang baik lah . Macam nilai murni gituu . Contohnya kat tiang ada ukiran kucing pebenda tah then ada lah maksud dia . Dalam rumah tu ada berapa bilik eh ? Hm tak ingat tapi katakanlah ada 10 , satu keluarga satu bilik and bilik tu sangat sangat kecik , katil pun tak de. Tapi kalau anak lelaki bila dia dah berumur 6 tahun keatas dia dah kena keluar dari rumah and duduk kat surau , belajar agama and ilmu ilmu yang sepatutnya , malam pulak belajar silat . Pastu kalau anak perempuan kahwin dia akan duduk kat bilik yang first sekali , and aku rasa keluarga yang duduk dalam tu dah keluar sebabnya ada pengajaran kenapa bilik tu kecik , bilik tu kecik sebab nak suruh si suami kerja kuat kuat and buat rumah baru tapi bukan rumah minangkabau lah . Pastu pegi lunch then melontar haha melontar tu shopping ! Mengeluarkan duit ah hahahah malam pun melontar melontar ~ Bhahahah macam macam ayat kitorang belajar .
K sekarang aku dah malas nak sambung cerita hm takat ni je lah haha sorry not sorry !
Happy hols guys ! I'm going back to maktab soon , very soon cause it is tomorrow . Hell yeah !
Malasnya T_T Malasnya T_T Omg homework belum siap , dah lupa surah As-Sajadah .
Astaghfirullah I think I should stop now .
I'm tired of PH , can I leave PH next year ? Hmm .