20130420
#24 Highlanderz
Assalamualaikum , waa about 2 weeks juga tak sentuh any social network acc . Haha berhabuk :p So I am officially a Highlanderz now . What is highlanderz ? Haha highlanderz tu macam gelaran laa for dak-dak MRSM Pengkalan Hulu . Glamour tak uolls ? Hahaha , first aku masuk sana memang nak menangis je rasa . Masa cakap dengan pengetua pun aku tahan nangis , hahahahahaha . Sedih sangat nak masuk asrama balik setelah 3 bulan aku cuti xD First masuk orang asyik tanya dari sekolah mana , itu soalan paling perit aku nak jawab .
Kalau nak aku cerita dari hari first sampai hari ke-15 memang banyak lah ceritanya . Jadi aku cerita sikit sikit je . Aku memang tersangat amat culture shock masa masuk situ sebab peraturan dia yang boleh buat aku gila . Tapi apakan daya bersabar je yang mampu .
Okay aku homeroom Desmariatul , itu nama cikgu . Kat sana homeroom guna nama cikgu je . Aku kelas 408 , kelas paling bising aku rasa . Agak bising jugak lah , tambah aku dah tunjuk perangai sebenar aku . Tapi aku risau dengan perangai sebenar aku tu , aku di-cop gedik . Sebab kat sana kan macam alim sikit . Aku asyik suruh diri aku kawal perangai tapi tak terkawal haha . Aku gelak memang tak macam diorang yang kat sana , mungkin sebab aku sedih sebenarnya dalam lubuk hati ni , yelah menurut psikologi siapa yang gelak over dari orang lain tu dia sedih sebenarnya . Pastu aku suka nyanyi tiba tiba . Haha takde hiburan kat sana jadi aku hiburkan lah hati aku . Kat sana dah start menu western but setakat ni apa yang 'western' aku nampak ialah breakfast makan pizza 20 sen tu . Haha pastu kitorang ada hafazan jugak macam yang kat Lenggong jugak tapi yang bezanya kitorang tasmik dengan ustaz luar . Katanya ustaz dari sekolah pondok . Tapi ustaz tu kalau macam kita terlupa ayat sikit dia bagitau hahahaha . Kat sana yang aku paling rapat dengan Izzatul and Eila . Izzatul tu ex-Gerik . Eila tu budak lama PH , aku taktahu selama 3 tahun dia duduk situ macam mana , boleh eh dia tahan . Hahaha tapi aku rapat dengan diorang dalam hari ke 6 or 7 aku kat sana .
Dekat PH kan , ramai sangat orang yang perangai or muka sama macam budak kat Lenggong . Hazirah , sebijik macam Najwa . Dia tudung labuh jugak , cakap lembut2 macam Najwa . Nisa , orang Kelantan , bila aku dengar dia cakap mmg aku akan teringat Syamira , cara diorang cakap sama , perangai pun kot . Marina macam junior aku , Fatin Anisah . Tapi Marina sepet . Farah , tak matured , lebih kurang macam Aina Shukri sampai aku selalu terpanggil Farah dengan nama Aina . Ya Allah , sedih sangat . Ada sorang akak muka macam EP tapi akak tu macam alim sikit lah. Kak Basyirah sebijik macam muka kak Aina Nazurah tapi kak Aina tinggi sikit . Apa lagi ye ?
Apa apa nanti aku cerita lag lagi , hehehe okay itu je kot . Lol bye x)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment