Assalamualaikum . Entry kali ini nak cakap pasal kengkawan :")
Hai Batch '10 gambar diatas saya buat sendiri baru je tadi . Seperti yang telah aku cakap post yg lepas ada kawan aku 26 orang actually akan ke MRSM lain , ada yang ke MRSM Taiping , ada yang ke MRSM Tun Ghafar Baba and MRSM Pengkalan Chepa . Ya Allah , perasaannya macam kita masuk Akademi Fantasia lepas tu kita tersingkir . Dapat tak bayangkan ? Bila cikgu umum nama nama yang bakal berpindah . Tapi apa yang kami mampu buat hanyalah berdoa dan teruskan hidup . Sungguh susah sangat keadaannya bila dah berpecah . Aku cuma takut , takut satu hari nanti aku terlupa kat Batch '10 . Aku takut satu hari nanti perasaan rindu kat Batch '10 dah tak sama macam apa yg aku rasa harini and sekarang . Aku harap walaupun pindah kita masih contact each other and tegur tegur kat twitter . Aku taknak lupakan korang , tolong lah selalu selalu ingatkan aku pasal Batch '10 sebab aku ni senang nak lupakan orang bila hidup aku perlu teruskan . Korang perkara paling terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku . Dengan adanya korang semua ni lah , kita lengkap sebagai sebuah keluarga . Mungkin aku takda masa KIKS , banyak benda yang aku terlepas . Tapi masa MIGTY tahun lepas homeroom aku pun dah mula unite :') Sangat terharu masa tu , and homeroom aku tiba tiba je budak lelakinya camwhore ! Hehe rindu lah korang semua . Mungkin aku tak tunjuk betapa rindunya aku kat semua orang , mahupun kita rapat atau tak , setiap sorang dalam Batch '10 ada benda istimewa yg aku akan ingat , Allah je yang tahu macam mana rasa rindunya aku kat Batch '10 ;') Aku sayang korang sangat sangat , aku sayang setiap seorang antara korang dalam Batch '10 . Kita saling melengkapi , benda yang kita tak suka pada seseorang itulah memori yg kita kenang sampai bila bila . Bila orang tu dah takda , benda yang kita benci yang orang tu buat lah yang kita rindu . Kalaulah aku ada saat saat terakhir dengan korang , tapi takdir tak mengizinkan . Mungkin 'saat saat terakhir' tu bukan yang terakhir sebenarnya , mungkin hanya mungkin .
Paling yang aku rindui nanti , mesti lah orang yg aku selalu bertegur , Nad , Aina , Afifah , Mas , Wana , Huda , Khazis , Wan , KC , Qhamar , Auni and Rai . Hmm aku harap Rai okay je :')
Aku harap ada satu hari nanti kita akan berkumpul balik macam dulu . Semoga kasih sayang kita kekal abadi selamanya . Amin :')
Missing someone is your heart's way of reminding you that you love them.
Everything will be okay in the end , if its not okay then its not the end - Ed Sheeran
Terkadang Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang , kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita - Santapan Minda
Sehingga berjumpa lagi ye wahai teman-teman ku sekalian :) Kenang daku dalam doamu .
No comments:
Post a Comment