20130111

#3



Assalamualaikum , malam ni tiba tiba tergerak hati nak update blog ni . Hihi ambik feel jap malam malam sambil dengar lagu ber-genre balada gitu , aduhh betul betul tenang keadaan sekarang , bunyi aircond sambil lagu When I Was Your Man berkumandang . Ahhh so entry harini aku nak cakap- tiada manusia yang sempurna , manusia sering melakukan kesilapan , dan kesilapan terjadi supaya dapat menjadikannya pengajaran buat kehidupan seharian kita dan kita perlukan kemaafan , ada kalanya kita perlukan peluang kedua kerana bukan semua orang tahu isi hati kita ni , niat kita yang kadang tidak sengaja pun melakukan kesilapan . Manusia sekarang mudah leka dan alpa sebab tu lah ada kalanya kita perlukan peluang . Bagi aku memaafkan orang itu sangat mudah , entah kenapa ? Mungkin sebab aku cepat melupakan atau tak pernah berlaku sesuatu yg amat dasyhat lagi kat aku . Mungkin yeah mungkin .
 Entry ini juga bertujuan untuk aku muhasabah diri ini yang juga tidak sempurna . Aku juga memerlukan peluang kedua , peluang untuk meneruskan pengajian ku di maktab . Aku tak mahu terus hidup dengan perangai lama , perangai yang sering tak sedar diri , sering berfoya-foya , pemalas , ah banyak lah lagi kalau nak aku listkan tu . Tapi orang kata jadi lah diri sendiri , yaa 'They told me to be myself yet they still judge me' . Apa jenis nasihatnya tu :/ Tapi kita kalau hidup terus nak dengar kata orang lain yg tak membantu menaikkan semangat kita untuk berubah , sampai bila pun kita tak maju . Kita nak berubah bila bila pun boleh , bak kata lirik Innocent by Taylor Swift - 
"Today is never too late to be brand new"
Kenalah sentiasa yakin , kalau ragu ragu kita berdoa lah pada yang satu di atas sana . Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar , setiap saat setiap minit setiap masa lah :) Doa itu juga keajaiban , jika Allah mengizinkan keajaiban itu berlaku , boleh je berlaku . Kuasa Allah siapa yang tahu ? Renung-renungkan dan selamat beramal *wink* ;)

No comments: