20121205

Muslimah Itu ...



Assalamualaikum and selamat petang semua . Erm taktahu nak post apa so I decided untuk ambik sedikit sebanyak info dari iluvislam.com :)

Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi


Kadangkala ada rasa cemburu yang sedikit . Cemburu dengan mereka. Cemburu kepada kaum hawa. Mereka ada sinar yang tiada pada lelaki. Mereka istimewa. Mereka berbeza dengan kaum adam dalam pelbagai segi. Ya , diulang mereka sangat bertuah lagi beruntung dijadikan di muka bumi ini.

Kaum hawa , mereka ramai. Ramai menghadiri ke kelas untuk menangkap lambakan ilmu. Tiga per empat kerusi di dewan kuliah milik mereka, dan majoriti antara mereka punya sepasang mata yang tertacap penuh fokus di layar skrin putih. Dibantu oleh tangan yang menangkap sebanyak ilmu dengan pena di muka kertas. Sebaliknya, lelaki satu per tiga ada yang tewas dibenam adrenalin yang perlahan. Kesat-kesat mata mengantuk .

Mahu ke kuliah agama, lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke kelas tambahan biologi, lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke senamrobik untuk mendapatkan markah ko-kurikulum, lelaki perlu berfikir sejenak .

"Ada, ramai perempuan laa . malu plak nak pergi"

Untuk mendapatkan kerja part time bukan mudah bagi seorang lelaki, perlu keras sahaja kerjanya. Merayu-rayu untuk mendapatkan kerja di kedai-kedai. Perempuan sahaja yang berbeza, mudahnya diberi peluang. Tarikan kedai.Pelaris jualan. Bikin komersial.

saudara dan saudari sekalian,

Ketahuilah, zaman kini media massa gemar mempromosikan wanita di skrin elektronik mahupun paparan akhbar. Para artisan memuja kaum wanita dalam baris lirik yang bermelodikan cinta. Iklan atau komersial yang jika dihitungkan ramai wanita yang menghiasi produk-produk. Rancangan televisyen tidak kurang juga menampilkan barisan wanita; Wanita hari ini, soal wanita , safiyyah , bella , solehah dan etcera etcera .

Mereka selalu disayangi sehingga sentiasa dipuji dan dipuja. Mereka dipuji kerna tarikan yang ada pada mereka. Dipuja kerana lambang cinta manusia sejagat .

Mereka dilayan penuh dengan rasa lembut. Tika seorang lelaki berminyak mahu duduk di hadapan bersebelahan dengan tempat pemandu, pak cik teksi itu mengeluarkan jari jemari kasarnya ke muka lelaki berminyak, membentuk tiga jari .

" ladies first ! " tegas pakcik teksi.

Nada tinggi bersama oktaf yang buat lelaki berminyak terperanjat. Diulang tiga kali seiring dengan dijatuhkan tiga jari jemari kasar milik pak cik teksi bermisai lalu terus membuka pintu hadapan teksi kepada seorang perempuan yang bertudung merah jambu comel.


Perkara yang sama juga berlaku, apabila pak cik drebar bas lebih mengutamakan perempuan dihantar pulang dahulu selepas habis jamuan malam. Jika difikir kembali rasanya perempuan waktu itu amatlah besar bilangan jemaah mereka. Tiga kali ganda daripada bilangan lelaki. Lebih bagus rasanya jika lelaki yang dihantar pulang dahulu.

' oh , oh pak cik yang penyayang , kenapa pak cik tidak beri kami (lelaki) pulang dahulu ? '

' perempuan penyambung generasi ! '

Perempuan sangat istimewa. Hampir beratus penulisan artikel berkenaan dengan perempuan. Dan yang larisnya selalu bertopikkan perempuan. Artikel-artikel tidak kiralah bergenrekan ilmiah atau tidak ilmiah. Mampu sahaja menambat hati si pembaca. Termasuklah artikel yang dituliskan oleh tuan hamba sekarang. Tuntasnya , perempuan itu eliksir yang punya abiliti untuk merawat luka lara kebosanan manusia.


Firman Allah bermaksud : "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya"
(Surah an-Nisa' ayat 34)





Nak baca yg selanjutnya ? Di sini iluvislam.com
Wallahua'lam.

No comments: