#Day1 : Harhar , okay aku pegi 24/12 tapi 23/12 aku pegi KL sebab flight esoknya adalah pagi , pukul 9 lebih . Ahh masa tu lengang je KLIA :D Haha k perjalanan adalan selama 8 jam , lama siall lah . Herher . Aku naik flight Malaysia Airlines , ni first time naik MAS . Untung je naik MAS banyak bagi makanan :3 First bagi makan nasi lemak then cam roti inti ayam then bagi Mini Magnum :3 Omnomnom sodap siak , aku duduk sebelah adik aku dalam flight , harhar ada ke adik aku makan nasik sahaja sebab dia taktau dalam bekas tu sambal udang xD Lawak lawak . Aku sempat tengok 3 movie dalam flight :D Tengok Diary Of A Wimpy Kid : Dog Days , Hannah Montana The Movie entah kali ke berapa and Untuk Tiga Hari . Tapi agak menyesal tak tengok Ice Age :/ Huhh sokay . So , sampai je sana malam , tour guide ambik kitorang kat airport . Dia orang Malaysia tapi duduk Australia senang lah sikit tour guide pandai cakap Melayu :) Then kitorang terus heading ke Hotel Grand Chancellor , harhar hotel ni tak best langsung -,- Hotel ni 4 bintang rasanya tapi err bilik dia huhh loceng pun tak ada -,- Sokay bersyukur je ada tempat nak tidur :) Haha then sampai hotel , dinner kami malam tu sudah ditapau tapi setibanya di sana makanan belum siap so pegi hotel dulu then Nabil , Aliza and kakrah pegi ikut tour guide tu and ambik makanan . Then dinner blaa blaaa tidur .
#Day2 : Esoknya breakfast seawal 6 pagi or 7 kot ? Time tu sana dah terang benderang dah okay ?! Malaysia baru pukul 5 kot , hahaha . Kat restaurant tu wifi laju , kat lobby lembab . So aku online time kome tengah tidoq huahua or sedang beribadat . Sana subuh 4.30 :) And time tu matahari sedang terbit kot ? Haha hotel aku dekat dengan pantai . So hari kedua adalah hari bebas sebab Krismas kedai tutup , dalam jadual hanya ada tulis pukul berapa lunch and dinner je . Hihi , hari kedua ni kitorang pegi pantai , angin dia sejuk je tapi cuaca sangat panas , aku sunburn okay duduk sana ? Aku duduk Malaysia kena panas cam tak kisah sangat tapi dekat GC aku takut terdedah kat tengah panas sebab firasat ku mengatakan aku akan sunburn and memang dah burn dah . Asdfghjkl betul Ostrolia ni , hohoh . Nothing special on this day , tengahari tu makan kebab . Omnomnom halal okay ? Orang pakistan ke apa tah buat , hahaha sedap siaa ! Hahaha macam burger xD Malam tu jalan jalan di sekitar Surfers Paradise (nama tempat tu) Ada street show ada cam muzium Hanted House , Ripley's : Believe it or not (rancangan tv pun ada) . Aku tengok street show ada orang ni juggling parang , hebat gila . And ada kedai nama condom kingdom , macam bangang je xD
#Day3 : Yeayy harini ada lah hari yg paling dinanti-nantikan ! Destinasi kami yg pertama ialah MOVIE WORLD ^^ Sangat bestt , enjoy habis main macam macam . Hahahah , masuk masuk je Wowww ada roller coaster Green Lantern , Superman Escape , Justice League , Batwing Spaceshot (Batman) ! Best siaaa tapi first2 kitorang tengok Ice Age 3D , haha best gila xD Hahahaha , biasalah 3D kaan , tahu kann camne ? Haha , kedua kami iaitu aku , kaklang , kakrah , kakten , Nabil , Aliza , Aisyah and Lan naik Scooby Doo The Movie , perghh berhantu siaa . Harhar lama gila beratur . Bila tiba giliran kitorang erm aku sangat sangat lah takut X3 Aku tutup mata sepanjang naik tu tiba je macam dekat track aku bukak mata sebab takde hantu dah , hahahahahahha . Lawak je , then jalan2 , lunch and and aku naik Batwing Spaceshot dengan abah , yang lain taknak naik , erghh macam bangang je semua :/ Tah kenapa semua pengecut sangat , tapi aku takde lah berani cuma pelik je diorang tu :/ Sokay past is past . Perghh geli siaa naik batwing , google lah kalau nak tahu macam mana permainan ni , hihi . Tinggi sia batwing nak melayang nyawa T_T Time aku naik batwing diorang naik Justice League , sampai hati naik tanpa aku :( Hmm katanya main tembak tembak je , ergh whatever -,- Then time aku naik batwing tu , Escape baru bukak , mak aihh laju sia and tinggi nak mati , kalau aku naik rasanya erhh habislah . Nak naik green lantern tapi semua tak berani . Huhh k k . Then tengok show Stunt Driver , OMG ! Awesome sial buat drift , nanti aku upload video nya k ? Malam tu pulak tengok wayang 7D , omagad best sial 7D Cinema ! 13 dollar for student , only 9 person je . So anak anak je yang tengok , hahaha . Kitorang tengok Cosmic Coaster , dia macam kat angkasa lepas . Haha tak larat nak jerit and gelak tengok 7D ni dengan kerusi nya gerak ke depan ke belakang ke tepi , urghh aku rasa taknak jerit tapi tah aku tengok Nabil semangat semacam jerit aku rasa cam aku kena jerit jugak xD
#Day4 : Hari ni pulak kami pergi ke Paradise Country ! Haha panas siaa tempat ni sebab dia macam ladang . Huhu , best lah jugak :3 Tengok show kuda lawan motor , anjing masukkan kambing dalam kandang , cara perah susu lembu , cara cukur bulu kambing . Haha tangkap gambar dengan koala bagai best (Y) And aku bagi makan dekat kuda , anak kambing , anak lembu , kangaroo and emu . First2 aku geli lepas tu okay pulak :) Hahahaha best ! I want a horse , dear future husband #Ehh *tibatiba* XD Lepas tu pegi Harbour Town , aku ingat ape benda lah Harbour Town ni rupanya tempat shopping , omagad best ! Hahaha sale gila punya gila lah . Sampau je sana terus ke satu kaunter ni dia akan bagi kad utk dapat discount , haha tapi certain brand je lah . Tapi ada syarat2nya . Tak guna kad tu pun takpe memang semua kedai ada sale gila babi xD Best ! Aku beli jeans , 10 dollar each . Kalau convert ke RM , dalam RM31 je :3 Aku beli dua , orange and blue . At first ayah aku cadangkan ambik hot pink , omagad XD Aku nak baby pink tapi ayah aku suruh ambik hot pink dia kata takpe lah bukan ada orang pakai dekat Malaysia . Ohh dad no I'm not that pinky . Haha tapi ambik orange pun macam takde kena mengena dengan aku , tapi orange tu sangat metallic striking gituu :D Aku taktau lah nak pakai dengan baju apa seluar warna orange tu , colour blocking ahh aku lepas ni xD Haha .
#Day5 : Harini pulak pegi Catch A Crab , hahha tangkap udang gituu ! And belajar memancing jugak . Best gila ! Tapi aku tak dapat ikan pun :/ Kak lang and kakten dapat tapi kena lepaskan sebab ikan tu masih kecik hahahah . Umpan aku asyik kena curi je , pandai betul ikan tu curi umpan :/ Hahahaha xD Ada ke Nabil suruh aku pancing pakai umpan cekelat m&m hahaha . Memang tak lah kan , boleh sikit cucuk kat mata kail tu . Harhar . Kitorang dapat ketam 2 ekoq je , haha kesian tapi bukan kitorang yg tangkap pun orang tu dah letak umpan and perangkap siap siap , haha . Then lunch sea food :3 Hahh sedap and terlalu kenyang ! Lepas tu pegi Tropical Fruit World :D Best gilaa , sampai sampai je naik tractor , then naik boat then naik kereta api . Haha takyah jalan :D Best best kat situ jugak aku dapat tengok pokok kacang Macadamia , hahahaha and aku ada bawak balik sikit xD Hahaha . Paling best lepas naik boat dekat tempat seterusnya ada macam taman , boleh main rugby , basketball , volley ball , soccer , macam macam lahh :D Hahaha , then hari nak hujan . Huhh , tractor pulak lambat sampai . Then sampai je dekat main entrance kami dimanjakan dengan buah buahan segar , urghh best ! And makan ice cream dengan buah macam rasa chocolate , nama buah tu black sapote :3 Lol lol xD Malam tu tengok 7D again ! Best siaa , this time tengok Aero Bike :D Haha tak berapa best pun tapi adventure lahh :) Haha tapi this time abah mama , pakcik Meor and makcik pun tengok , senang cite semua tengok . This time dapat discount sebab kitorang dah penah tengok :3 Haha first group abah , mama , pakcik Meor , makcik Rohaya , Nabil and kakrah sebab anak sulung xD Hahah , ada ke Lan kata satu set XD Haha takpelah baru darjah4 , tak faham sangat tuu , lol then kitorang jalan jalan dekat Surfers Paradise , and that night I almost got a jacket tapi kakak aku kata mahal :/ Bagi aku tak mahal sangat 49 dollar je :( Then aku pun beli fishtail blouse 15 dollar , ambik kau betul2 murah aku beli , then mengadu dekat mama , mama kata ambik je lah and aku kata tah kak____ tu , malas ahh . Haha terserlah kemerajukan aku tapi tak lama .
#Day6 : Harini merupakan hari terakhir dan destinasi terakhir ialah Sea World :D First2 masuk Sea World nampak rumah Spongebob , Patrick and Squidward dekat tengah2 kolam , comel sangat ! Kat sini pun ada roller coaster bagai :D Hahaha first pegi tengok Spongebob 3D omagad tak best :/ Kerusi dia kerusi biasa je :/ Biasanya mesti kerusi yg ada sembur air lahh ape lah tapi ni tak :/ Harhar . Lepas tu tengok dolphin , pegang ikan pari , tengok polar bear , sangat besar , putih dan comel :3 Tengok shark , banyak sia shark , hahahah . And naik Jet Rescue , at first aku , kaklang , Lan , Aisyah and Aliza je nak naik tapi benda ni kena ada partner , so aku suruh lan panggil Nabil tapi Nabil taknak , haha time ni bari aku tahu Nabil sangat pengecut , alasan dia baru lepas makan xD Haha lepas tu Lan ejek pondan pondan baru dia nak naik , tiba je giliran kitorang Ya Allah , dia start secara mengejut tau tak ? Laju sia , speed dia constant takde stop stop . Sikit sikit belok , sumpah rasa nak terjatuh :/ Laju sangat sangat , kesian Aisyah dia tengah masukkan tudung dalam baju tibatiba terus bergerak laju , aku jerit plus gelak sepanjang naik natang tuu XD Lepas tuu naik Sea Viper , haha time ni abah naik and Nabil tak naik , dia tak berani sebab banyak pusing2 haha adik dia pun berani , tah ape ape xD Best gak ! Hahaha rasa geli kat perut tu sekali je , hahahaha . Lepas tuu pukul 4 , tour guide kami , Bill bawak jalan2 kat bandar Brisbane :) Banyak gila jambatan kat situ sebab dia macam dekat tengah2 laut camtu . Then dia hantar kami dekat airport , awal gila dia hantar , check in lambat lagi . Harhar . Okay lepas tuu dalam pukul berapa ehh dah boleh check in , rupanya kaunter MAS dekat je dengan tempat kami duduk boleh pulak tak perasan -,- Cam bangang je xD Hahahaha , then naik flight , aku terus tido mengantuk siaa , dah la flight tengah malam 11.50 bersamaan 9.50 di Malaysia . Haha aku tengok Ice Age then aku tersilap tekan sebab gelap -,- Terus tak jadi tengok and tido balik xD Hahahaha , cuaca buruk malam tu , pilot tu bawak laju sia ! Sebab sepatutnya dijangka sampai 7 something jam di Malaysia , tapi tak aku sampai pukul 5.15 . MasyaAllah awal gila -,- Haha .
Ni ada sikit gambar :) Kalau nak tahu tempat apa and benda apa yg aku naik tu google lah okay :)
Hard Rock Surfers Paradise , dekat je dengan hotel aku . Haha kitorang pegi sini beli baju je xD Tapi aku tak beli pung , mak aku n kakak aku yg gedik tu je , tak dapat sikit muncung . Taktau la siapa jadi suami dia nanti camne -,-
Time ni tengah jalan2 kat street situ , ada perempuan ni tengah nyanyi and budak tu berdiri depan tu sensorang and macam takde family dia dekat situ , comel je budak tu :3
Paradise Country ;)
Me with ze kangaroo yg pemalas -,-
Kitorang naik Eyes On Surfers Paradise malam ke berapa tah , suddenly aku gayat -,- Naik Eyes On Malaysia tak gayat pulak -,- 6 kali pusingan k , aku rasa nak nangis xD Hahaha .
Macadamia :3
Hi my name is Sherman . Hahhaha yeah nama dia Sherman , dia sangat sangat besar and guess what ? Aku bagi makan dia , habis satu tapak tangan dijilat :3
Hi one of them named Boris and aku bagi mereka makan juga :D
Ni lah kereta api yg kitorang naik tu , comel je kaan :3
Adik , Aisyah and Lan naik buat kali kedua xD
7D Cinema :) (Y)
Ni laa rumah Spongebob , Patrick and Squidward tu :3 Comel je kan ? HAHA ^^
Bandar Brisbane :)
Percaya tak aku dapat perfume ni :') Thanks abah :) Btw tak terlalu mahal seperti yg aku jangka :) Hahaha , I am Justin Bieber's new girlfriend :D
Disamping itu saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU SEMUA :D HAPPY NEW YEAR ! Terima kasih anda anda anda yg telah meninggalkan seribu satu kenangan dalam hidup aku :') Semoga azam baru tercapai :) Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki , Amin :) Tempuhilah setiap cabaran dalam hidup dengan penuh kesabaran , tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang satu :)
Selamat bersekolah adik adik , akak akak dan abang abang semua :) Saya masuk lambat lagi :) Hihihih . Belajar elok elok okay ? Babai ~
No comments:
Post a Comment